Thursday, May 27, 2010

pergilah sepi...


Jangan anda gelisah ketika mendapat kesusahan. Sesungguhnya kesusahan itu dapat menguatkan hati anda, membuat anda dapat merasakan nikmatnya sihat, akan membulatkan tekad anda, akan mengangkat kedudukan anda, dan akan menampakkan kesabaran anda.


Apabila anda berada pada waktu pagi,jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahlah seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik pada hari ini..


Janganlah marah, kerana marah hanya akan merosakkan jiwa anda, mengubah budi pekerti, memburukkan pergaulan,menghancurkan kasih sayang, dan memutuskan tali silatullrahim.




Apa yg telah berlalu, biarlah ia berlalu,
Dan yang telah pergi, biarlah pergi buat selamanya.
Jangan anda fikirkan apa yang telah berlalu,kerana ia telah pergi dan lenyap....

 Kehidupan harus diteruskan......

sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

 
(credit to onezaba.blogspot)

Monday, May 24, 2010

rest kejap...

hehe...rest kejap...ngah wt chapter 4..tetiba trigt nak bace blog feveret... da bace tgk chapter 4 blk...pastu tgk je...tgn x gerak2... bkk balik blog... tulis blog sndiri plak... hm..bila la nak siap thesis.. hihihi... tau dek lecturer aku ne ada  yg dapat ceramah free..huhu... kejap je..bkn lama pn...pnat r ngadap thesis.. hah...nak share sket..pasal umah baru..bkn umah aku pn, uma tumpangan sementara x dapat keje lg..hihi.. tgk pict kt bawah eh...

ne b4 basuh umah... 

kak zila cr pe ntah...

bilik aku yg bersepah...serabut...

 hehehe...1st day sume tdo luar.. da mcm uma kongsi ak tgk...

 gayat la plak...  

ha...ne best..tmpat jog..tp x tau bila ak nak sampai cni...padahal blakang uma je ne..

ok....da siap..jom balik umah... hehehe..thesis????sok ah... ampun Dr..

Monday, May 10, 2010

HAKIKAT BAHAGIA (UNIC)

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
 
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah Jiwa kan menjadi tenang

C/O : Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi Itulah zikir yang hakiki

************************************
HAKIKAT N REALITI SEBENAR.... kat atas ne cuma lirik lagu... kta bole dgr... nyanyi... n faham maksud lirik lagu ne... tpi bole ke kta apply dlm kehidupan seharian utk mndapatkan kbahagiaan yg hakiki?? layak ke kita nak dapat? sedangkan dosa melambk2...brtimbun2.... hari ni buat dosa, pastu rase mnyesal... then buat dosa lagi... :(

Friday, May 7, 2010

saya malu....!!!!! malu nye saya......!!!!!

hm..pgi td sorg membr tag kan satu note kt fb... bila baca cam best la plak... bole djadikan bahan muhasabah diri yg bole dkongsi... so, sng citer.. copy n paste je la.... hehehe..thanx zati...
-----------------------------------------------------**-------------------------------------------------------
"..apabila ENGKAU TIDAK MALU, maka KERJAKANLAH APA YANG ENGKAU KEHENDAKI"[H.R Bukhari]

Hadith yang ringkas tapi penuh sinis dan ancaman bagi sesiapa yg berfikir.
Istilahnya..malu adalah akhlak sunnah yang membangkitkan akal manusia untuk tinggalkan kemungkaran dan hilangkan rasa malas untuk tunaikan hak Allah (Salim bin 'Ied al-Hilali).

Malu itu fitrah.
Malu itu kawalan hati.
Malu itu penghalang dosa.
Malu itu punya ruang dlm iman.
Malu itu cerminan akhlaq muslim.
Malu itu tanda kesopanan.
Malu itu harusnya tepat sandarannya...

Kita kata kita malu..tapi pada siapa?
Malu pada manusia sifatnya sementara..
Malu pada diri..jiwanya terhormat..
Malu pada Allah itulah yang HAKIKI!

"Sesungguhnya Allah adalah Maha Pemalu & Maha Menutupi. Dia MENCINTAI rasa MALU dan KETERTUTUPAN"(Hadith Sahih Riwayat Abu Dawud, an-Nasa'i, Ahmad)

Mari sama-sama kita "meriah"kan diri kita dengan sifat MALU..tapi camne eh?

1.Merasa diri diawasi Allah
2.Syukur nikmat Allah

"Cakap mmg senang..tp nk praktik susah". Mungkin itu yang sering terdetik di hati atau lisan kita. Jadi, apa penyelesaiannya? Tiap individu punya cara sendiri bagaimana mahu jadikan diri sentiasa rasa diri diawasi Allah...bagaimana mahu jadikan diri sentiasa syukuri nikmat-Nya.

Cuba kita tanya iman di hati kita...
Apa kita buat dihadapan seseorang yang berkuasa atas diri kita?
Tentunya kita mahu dilihat "PERFECT"!

Jasad, lisan dan apa sahaja yang kelihatan seperti milik kita sebenarnya bukan milik kita. Allah selayaknya memiliki jiwa dan raga ini. Tidak malukah kita menyalahgunakan nikmat yang Allah beri ini?

Apa yang terlafaz pada lisan kita..umpat keji atau kata-kata yang baik?
Apa yang terlihat oleh mata kita..?
Apa yang menjadi halwa telinga kita?
Apa yang terdetik di hati kita?

Malu wajarnya diletak pada ketikanya. Ada ketika, kita tak perlu malu. Soalnya..bila?

 Bila bertegas dengan YANG HAQ!

“Dan tidak boleh dikatakan bahawa bisa jadi malu itu menjadi PENGHALANG untuk BERKATA YG JUJUR, atau MENGERJAKAN KEBAJIKAN kerana malu yang seperti itu BUKAN MALU yang SYAR’I (sesuai syariat)”[Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah, Fathul Baari (I/52)].

"...dan Allah TIDAK MALU (menerangkan) YANG BENAR".(33.Al-Ahzab:53)


@; Bila menuntut ILMU.

Daripada 'Aisyah..ummahatulmukminin
..

"Sebaik-baik wanita adalah para wanita Ansar. Rasa MALU tidak menghalangi mereka mendalami ILMU AGAMA"[Imam an-Nawawi, Fathul Baari (I/228)]
*********************************************************
Malu pada pakaian...

"Maka syaitan membujuk keduanya (untuk makan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala mereka merasai (buah) pohon itu, TAMPAKLAH OLEH MEREKA AURATNYA, maka mulailah mereka MENUTUPINYA dengan daun2 syurga..."(7.Al-'Araf:22)

Fitrah manusia...malu jika tak berpakaian. Jika sempurna auratnya, manusia itu normal. Jadi, bagaimana pula bagi mereka yang tiada silu membuat "PAMERAN AURAT" buat tatapan manusia lain. Abnormalkah? Maaf dikata...insan yang tak ambil pusing tentang aurat sebenarnya mengabaikan fitrahnya. Kita akui syaitan musuh kita turun-temurun tapi kita biarkan saja dia menipu daya pemikiran kita hingga hilang rasa malu yang patutnya ada dalam diri seorang manusia. Bila fizikal kita terlindung dengan pakaian yang sempurna dan syar'i, itu tandanya kita malu namun perlu diingat batas aurat kita bukan sekadar fizikalnya...bahkan rohaninya juga. Jadikan TAQWA pakaian kita..insyaAllah..hakikat kebahagiaan bersama Ilahi akan kita rasakan.

Kita marah jika diri dilabel bertingkahlaku sebagaimana binatang tapi sikitpun kita tak perhatikan mengapa dilabel sebegitu rupa. Ironinya...binatang pula berperwatakan seperti kita..hmm...~_~..


Apa yang membimbangkan kini ialah pendedahan aurat seperti tiada salahnya lagi. Lebih menjengkelkan iman, wanita yang mengaku diri beriman hanya pada Allah..tanpa sekelumit rasa malu pada apa yg diimaninya..bangga dengan gaya busana yang langsung tak menepati ciri muslimah. Mana bukti MALU kita pada Allah, tapi laranganNya kita ambil tak kisah.

"Bertudung atau tak..itu tak penting..yg penting hati mau baik ma..."
"Ala...yg bertudung pun ntah hape2..baik x pyh pakai tudung!"
"Bertudung tu mau ikhlas..tak guna paksa2"
"Tunggu r tua nanti..muda lagi.."
"Hati tak terbuka lagi la..."

Wah...macam berbangga je kita melontarkan ayat2 di atas..
Bagi yang tak pernah melontarkannya..mungkin inilah ayat2 yg sering kita dengar bila berhadapan dengan wanita yg rambutnya berkibaran di udara. Yang menyukarkan lagi keadaan bila setiap apa yg dinasihatkan...ada saja yang nak dipertikaikan. Sememangnya..tudung itu bukan ukuran sebenar hati seseorang insan tapi ia ada bahagiannya.

Ikhwanku...ketika aurat mu terbuka..dengan hidayahNya, terdetik di hatimu untuk berubah. "Mulai saat ini, aku mahu lindungi auratku!". Itulah azam yang kau semat di hati. Sukarnya melalui penghijrahan itu hanya diri yang tahu. Nafsumu..disokong syaitan durjana..tak henti2 menggodamu, menghalangimu dr melakukan perubahan. Alhamdulillah..kerana bisikan kebaikan yang Allah berikan..kau berubah menjadi insan baru yg lebih baik....^_^

Kini..auratmu telah terpelihara! Syukur..syukurlah..engkau insan terpilih. Tapi kawan..jangan kau lupa, walaupun bertudung..nafsu yang ada sentiasa memburumu. Lantas..nafsu berusaha memadamkan rasa IKHLAS dalam menutup auratmu. Dia goda dirimu agar timbul rasa riya', takbur, bangga diri..seakan-akan "AKULAH MUSLIMAH SEJATI". Bagimu..yang tak bertudung dianggap murahan. Kononnya tanggungjawabmu menunaikan perintah Allah yang satu itu jadikan kau insan beriman. Seolah-olah dengan amal yang satu itu telah menjanjikan syurga buatmu. Itu yang sering KAU..JUGA AKU tersalah fikir.

Dengan arus hidup yang ada...auratmu berjaya kau lindung..Alhamdulillah..riya'?-tiada!, takbur?-tiada!, bangga diri?-tiada!. Alhamdulillah..seolah-olahnya..sudah beres KEIKHLASAN AMAL kita pada-NYA. Namun bila berhadapan dengan Allah kelak...adakah dengan AMAL YANG IKHLAS itu yang kita akan ungkit? Rasa diri sudah cukup mulia untuk berdamping di sisi yang Esa asbab AMAL yang dikatakan IKHLAS itu?

Dan pada akhirnya..nafsu akan menjerit..YAHOO!!!"Aku telah berjaya merampas segala maksud amalanmu itu"

Na'uzubillah..kita insan yang na'if ni sering tersalah matlamat dalam tiap amal.

Kita bertudung bukan sekadar kepentingan hati..
Kita bertudung bukan untuk dibanding-bandingkan..
Kita bertudung bukan sekadar dengan keikhlasan..
Kita bertudung bukan kerana kita dah tua..dah nak mati..
Kita bertudung bukan kerana hati terbuka semata-mata..

KITA BERTUDUNG KERANA REDHA ALLAH SEMATA..itulah matlamat akhirnya..
Banyak jalan dan rintangannya..tapi itulah yang seharusnya kita berani hadapi!

“Dan orang-orang yang BERSUNGGUH-SUNGGUH mencari keredhaan Kami, benar-benar akan Kami TUNJUKKAN kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah beserta orang yang berbuat baik".[29.Al-'Ankabut:69]

Baik di peringkat individu, keluarga, jiran tetangga, sekolah hatta kepimpinan negara sekalipun...masing2 punya peranan sendiri. Masing-masing akan ditanya adakah tanggungjawab menegakkan yang hak telah tertunai atau sebaliknya. Di akhirat sana..kita hanya punya 2 pilihan..dibalas buruk atas perbuatan buruk dan dibalas baik atas amal kebaikan.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

(Puteriku Sayang, Munsyid:Hijjaz)


.:YA ALLAH..BIMBING NIAT KAMI SEMATA HANYA UNTUKMU:.Amin...

.:OPEN Our HEART, REFRESH Our NIYYAH:.

credit to: zatinadia.blogspot.com (zati...sy copy awk pnye...hehehe...)

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum kepada semua rakan pembaca.....
Mintak maaflah....hari ibu sepatutnya hari ahad ni.. bersamaan..dengan 9 hb Mei...
tetapi saje je bagi awal skit...yelah apa salahnya....entri ni khas untuk ibu-ibu diseluruh malaysia...

Ibu...ibu...engkkaulah ratu hatiku....bila ku berduka.....engkau hiburkan selalu.......

Kepada ibu-ibu kami....Mama Aisah,Mak Norma,Mak Yah....Selamat Hari Ibu kami ucapkan....
Pengorbananmu sungguh besar.......kerana  tanpamu....tidak adalah kami di atas dunia ini....

Dan kepada mereka yang bakal bergelar ibu.....selamat menjadi ibu.......pengorbananmu semasa membawa insan baru di muka bumi,Allah sajalah yang tahu.....

berikut ada beberapa pict sempena hari ibu 9 hb Mei ini....




IBU JARI-Salah satu kurniaan Allah pada kita...untuk melakukan kerja seharian dengan sempurna



IBU ROTI-Salah satu bahan yang penting dalam penghasilan roti yang gebu dan enak..




IBU SAWAT TELEKOM-Salah satu relay aerial untuk kita berhubung antara satu sama lain..TM Merintis   kemungkinan


IBU HALIMAH-Masa naik komuter nampak iklan kat midvalley-Usahawan berjaya


IBU PEJABAT POLIS-Sebelum OCS kene marah....OCPD kene dulu kat IPD.....


dan akhir sekali.....gambar bersama Ibu-Ibu tercinta....dan bersama bakal seorang ibu pada masa akan datang..hehehehehehehheheh....dari kiri...Yaya(Sorang je laki2 terselit,sebok je,dahle baju jawa)...Mak Norma,Bakal Mak(eja zahratul..si manis berkebaya,jgn marah sayang)Mak Aisah,Mak Yah

Jadi kesimpulannya di sini....betapa peri pentingnya ibu di dalam kehidupan kita......mana ada orang sebut bapak jari...bapak pejabat...bapak roti......heheheheheh......kalau dengar ustaz-ustaz bagi ceramah pun diorang akan suruh kita dulukan ibu@mak@mummy@mama kita......hatta benda itu makruh sekalipun....contohnya...makan petai...belacan atau cencaluk....IBU andainya ada dosa ku padamu...ampunilah daku....

sekian sahaja entri untok kali ini....sehingga berjumpa lagi.......rabbighfirli waliwalidiyya.........
p/s: dosa yang disegerakan pembalasannya...kat dunia gak dapat....no diskaun.....dosa pada ibu bapak...


asslamualaikum.....
love u forever leave u never

Monday, May 3, 2010

2 May 2010-17 Jamadil Awal 1431

Salam semua....apa khabar???harap semuanya sihat wal afiat...

ada apa dgn tarikh di atas?
tarikh di atas adalah satu tarikh yang sangat istimewa...kerana hampir 8 tahun kita berkenalan...tetapi pada tarikh di ataslah kedua keluarga pula berkenalan merapatkan hubungan silaturrahim.