Thursday, May 27, 2010

pergilah sepi...


Jangan anda gelisah ketika mendapat kesusahan. Sesungguhnya kesusahan itu dapat menguatkan hati anda, membuat anda dapat merasakan nikmatnya sihat, akan membulatkan tekad anda, akan mengangkat kedudukan anda, dan akan menampakkan kesabaran anda.


Apabila anda berada pada waktu pagi,jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahlah seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik pada hari ini..


Janganlah marah, kerana marah hanya akan merosakkan jiwa anda, mengubah budi pekerti, memburukkan pergaulan,menghancurkan kasih sayang, dan memutuskan tali silatullrahim.




Apa yg telah berlalu, biarlah ia berlalu,
Dan yang telah pergi, biarlah pergi buat selamanya.
Jangan anda fikirkan apa yang telah berlalu,kerana ia telah pergi dan lenyap....

 Kehidupan harus diteruskan......

sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

 
(credit to onezaba.blogspot)

No comments:

Post a Comment